About Me

My photo
*GombAk*, *KL*, Malaysia
SaYa Lebih SeNanG Dikenali SebaGai dAus Or Fid0ss

Tuesday, December 29, 2009



Tahun Baru Impian Pun Baru ;D


Detik demi detik masa berjalan meninggalkan kenangan dan memberi sejarah baru pada tahun 2009.Sebahagian daripada kita, tahun baru merupakan saat yang dinanti-nanti, namun bagi sebahagian lagi masih diliputi tanda tanya bagaimana keadaan tahun hadapan. Bila saja tahun baru , selalu diikuti dengan refleksi dan resolusi baru. ruang waktu untuk melihat kembali apa yang sudah kita raih dalam satu tahun ini. Kemajuan apa saja yang sudah kita peroleh selama satu tahun ini dibandingkan dengan tahun lalu ? Apakah semua target yang kita tetapkan di awal tahun berhasil kita capai di tahun ini ?

Adakah prestasi dan pencapaian terbaik yang ingin kita ulang kembali di tahun 2010 ? Adakah hal-hal yang ingin kita tingkatkan lebih baik lagi di tahun 2010 ? Apakah ada rencana dan target baru yang ingin kita raih di tahun 2010 nanti ? Apakah ada sesuatu yang baru yang ingin kita mulai di tahun 2010 ini ?




HIDUPKAN IMPIAN BARU


Bersedia atau tidak tahun baru 2010 sudah berada di ujung mata. Memasuki tahun baru, sebaiknya segera menetapkan impian baru. Apakah itu menghidupkan kembali impian lama yang belum terwujud atau benar-benar menetapkan impian baru yang hendak diraih di tahun 2010. Ingatlah bahawa sebuah pencapaian dimulai dari sebuah impian yang memenuhi hati dan pikiran kita.

Mulailah menetapkan impian Anda. Apakah itu impian sederhana seperti ingin mengganti laptop yang lebih baru misalnya, merenovasi rumah, mengganti kereta lebih baru, capai impian lebih tinggi, mengikuti pendidikan lebih tinggi, menerbitkan buku baru atau membangunkan usaha baru misalnya.

Apapun , yang pasti menghidupkan impian akan memberikan banyak manfaat bagi kita. Karena memiliki impian akan memberi motivasi bagi kita untuk bertindak mewujudkannya. Memiliki impian dapat menjadi arah bagi kita untuk melangkah kehadapan. Bahkan menghidupkan impian seperti membangkitkan semangat dari dalam diri, dapat menjadi pendorong bagi kita untuk memperkuatkan diri dalam menghadapi berbagai tantangan dan kesusahan

Memiliki impian dapat memberi kita dorongan untuk hidup lebih terancang, hidup lebih efisien guna merealisasikan mimpi kita. Mimpi dapat menjadi pendorong seseorang untuk melakukan tindakan yang terarah demi merealisasikan impian.

Dengan impian akan menghidupkan harapan. Dengan harapan akan melahirkan tindakan. Dengan tindakan akan ada langkah kemajuan. Jadi, jika Anda belum punya impian baru di tahun yang baru, segeralah ambil alat tulis, dan mulakan menulis impian yang ingin dicapai. Kemudian tetapkan satu atau beberapa yang benar-benar ingin Anda inginkan.





RENCANA DAN TINDAKAN


Memiliki impian saja tentu tidak cukup bukan? Impian belum menjamin terealisasinya tujuan. Karana impian!! barulah langkah pertama yang akan memudahkan langkah-langkah berikutnya. Dengan impian, langkah-langkah berikutnya akan lebih terarah dengan baik.

Setelah memiliki impian, langkah berikutnya yang sangat penting adalah memvisualisasikan impian tersebut menjadi sebuah tujuan yang jelas dan teratur. Kemudian mulailah menyusun rencana dan strategi untuk melakukan tindakan2 dalam merealisasikan impian tersebut. Dengan demikian memiliki kejelasan impian sangatlah penting dalam membantu memudahkan menyusun rencana teratur dan tindakan yang diperlukan.

Ingatlah bahwa impian tanpa rencana dan tindakan hanyalah sekedar impian Ketika sudah menetapkan impian, menyusun rencana, Selalu berusaha untuk fokus pada impian dan rencana kita. Dengan adanya fokus yang jitu kita akan lebih bersemangat, lebih terarah dan melahirkan kreativitas untuk mencari berbagai cara baru dalam merealisasikannya.

Kalau hal itu dilakukan secara konsisten dan terarah, kita akan menikmati hasilnya di tahun akan datang. Arahkan hati dan pikiran kita tentang indahnya meraih kemenangan dalam merealisasikan impian kita. Bayangkan pada saat akhir tahun nanti, ketika anda melihat kembali mimpi anda dan banyak mimpi Anda yang berjaya anda realisasikan. Sangat menyenangkan bukan ?

Untuk itu tulislah impian Anda. Tentu sangat menyenangkan kalau kita menuliskannya dan kemudian melihatnya kembali prestasi yang sudah kita raih selama perjalanan sepanjang tahun.

Selamat Tahun Baru 2010
Fikir positif
pasti
anda berjaya!!!





AzAm MenGaPai TaHuN BaRu

Terasa cepat masa meninggalkan kita. Samada sedar atau tidak kita sekarang hanya tinggal beberape hari sahaja untuk melangkah ke tahun 2010. Apabila tahun berubah, yang pasti umur juga turut bertambah, dosa pasti juga bertambah =?


Bercerita tentang tahun baru….. pasti yang sinonim dengannya adalah azam. Tahun baru azam baru. Sebelum bercerita tentang azam baru adalah lebih baik kita membuat review tentang azam lama kita. Apakah perkara2 yang telah berjaya kita capai dan apakah pula yang belum mampu dicapai. Mengapa kita berjaya capai dan mengapa kita tak mampu capai?? Semua persoalan itu mampu kita jawab dan kita rungkaikan sendiri.

Kebiasaannya, aku akan senarai semula apa yang tidak dapat aku capai pada tahun lepas. Aku juga akan tulis apa yang menyebabkan aku gagal untuk mencapainya. Dari situ barulah aku sedar betapa banyaknya kesilapan yang telah aku lakukan untuk aku capai apa yang aku impikan.

Untuk tahun ini, ada satu azam lama yang aku bawa ke tahun 2010. Apa dia?? Mendapatkan pekerjaan. Untuk tahun akhir 2009 , aku mensasarkan aku berjaya memperoleh pekerjaan di syarikat besar "TM" aku still tak tahu lagi.. adakah aku berjaya atau pun tidak. Semuanya bergantung pada syarikat itu sendiri. Tahun 2010 nanti aku akan lebih berusaha untuk mengapai azam aku untuk mendapatkan pekerjaa yang tetap( syarikat lain pun xpe..hehe), menaikkan semangat aku untuk lebih fokus pada tahun 2010.

This is the secret to everything - the secret to unlimited happiness, love, health and prosperity.


Sunday, December 20, 2009

PENGENALAN BUMI HIJAU

Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.

KONSEP PELAKSANAAN


Kempen Bumi Hijau terdiri daripada 3 komponen iaitu Tanaman, Ternakan dan Akuakultur. Di Putrajaya, pelaksanaan konsep komponen Tanaman dan Akuakultur diterapkan.







1) *Tanaman









2) *Ternakan


3) *Akuakultur



Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.

Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan sasaran utama adalah penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.

Anak-anak pokok pula ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah. Jenis tanaman yang dipilih terdiri daripada sayur-sayuran, daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.

Bagi komponen akuakultur, pemeliharaan dalam takungan seperti kanvas adalah disarankan.

Manakala kaedah ternakan yang sesuai adalah ternakan ayam kampung dan burung puyuh secara pemeliharaan tertutup dalam kurungan.

PELAKSANAAN KEMPEN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

Kementerian Pertanian dan Asas Tani bercadang untuk melancarkan program Kempen Bumi Hijau Peringkat Wilayah Persekutuan dengan mengadakan satu majis perasmian secara anjuran bersama antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Jabatan Pertanian Putrajaya akan mewakili MOA dan Perbadanan mewakili KWP sebagai pelaksana program Kempen Bumi Hijau Peringkat Wilayah Persekutuan.

Perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, dalam tempoh terdekat. Selaras dengan perasmian ini, pihak Perbadanan Putrajaya turut mengadakan pameran semasa majlis berlangsung dan juga pameran susulan di Karnival dan Promosi Kempen Bumi Hijau Peringkat Wilayah Persekutuan di Alamanda Putrajaya selama 2 hari berturut-turut.

AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Kempen Bumi Hijau di Putrajaya, aktiviti-aktiviti berikut diadakan:

i. Perasmian Pelancaran Kempen Bumi Hijau Peringkat Putrajaya
ii. Pelancaran Laman Komuniti Putrajaya
iii. Promosi dan Publisiti yang berterusan
iv. Pameran
v. Pertandingan Laman Dapur
vi. Latihan dan demonstrasi
vii. Penyediaan bekalan input
viii. Sokongan teknikal

PENDEKATAN

Menggunakan pendekatan bercucuk tanam dan pemeliharaan akuakultur sebagai menyambut seruan Kempen Bumi Hijau. Penanaman dan pemeliharaan akuakultur akan dilaksanakan secara individu, keluarga atau komuniti.

i. Penanaman Secara Individu / Keluarga :

- Melibatkan seorang / satu keluarga.
- Dilaksanakan di dalam kawasan rumah dengan spesies tanaman yang sesuai dengan saiz ruang dan keperluan keluarga.
- Jenis rumah untuk kaedah ini:
-- rumah berkembar
-- rumah teres
-- pangsapuri.


Contoh jenis tanaman yang boleh ditanam secara komuniti. ii. Penanaman Secara Komuniti

- Melibatkan komuniti setempat.
- Dilaksanakan di kawasan perumahan yang mempunyai tanah lapang yang berhampiran.
- Kaedah ini membolehkan pelbagai jenis tanaman ditanam dengan mengambil kira kuantiti yang mencukupi untuk keperluan setiap keluarga dalam komuniti.
- Kelulusan secara rasmi penggunaan tanah ini diperlukan terlebih dahulu.



iii. Pemeliharaan Akuakultur

- Ternakan ikan keli di dalam kanvas digalakkan.
- Secara individu/keluarga atau melibatkan komuniti setempat.
- Dilaksanakan di dalam kawasan rumah atau bagi kawasan perumahan yang mempunyai tanah lapang yang berhampiran.
- Komponen peralatan ternakan ialah tangki kanvas lengkap dengan bingkai, benih ikan dan makanan ikan yang diketengahkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

PROGRAM LAMAN KOMUNITI

*Program Laman Komuniti Putrajaya sebagai program susulan sempena Kempen Bumi Hijau akan diadakan oleh Perbadanan Putrajaya.

*Program Laman Komuniti Putrajaya adalah selaras dengan konsep pembangunan Putrajaya sebagai Bandar Raya Dalam Taman.

*Aktiviti ini juga mampu mengeratkan interaksi antara penduduk dan ia merupakan satu langkah untuk mengwujudkan masyarakat Putrajaya yang bersedia dipertanggungjawabkan menjaga persekitaran kediaman komuniti masing-masing.

~Program Laman Komuniti ini dicadangkan untuk dijalankan secara berfasa:
* Untuk peringkat permulaan, modul Laman Dapur akan diperkenalkan dengan beberapa contoh reka bentuk bagi rumah jenis teres dan pangsapuri yang terdapat di presint-presint kediaman. Reka bentuk Laman Dapur ini akan memperlihatkan satu reka bentuk laman yang harmoni dan bersepadu antara tumbuhan boleh dimakan dan tanaman hiasan.


*Untuk fasa seterusnya, laman komuniti bagi kategori rumah jenis banglo, semi-D serta kawasan hijau termasuk rizab landskap dan taman-taman akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan.